BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 4 September 2009

Assalamualaikum...


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Karim Al-Mubarak.

Dalam bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama menyingkap kembali sejarah kegemilangan Islam dahulu.

Allah berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman! Bersiap-siagalah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) secara berkelompok, atau majulah bersama-sama (serentak)". -4;71-

Berdasarkan ayat diatas, Allah menyuruh kita tentang beberapa perkara. Antaranya ialah Allah menyeru kita untuk bersiap sedia dengan segala kelengkapan untuk menghadapi apa jua cabaran dan dugaan. Persiapan itu termasuklah apa-apa yang berkaitan dengan kehidupan didunia dan akhirat.

Kemudian Allah memerintahkan kepada kita untuk maju ke dalam medan pertempuran secara berkelompok. Ianya bermaksud Allah untuk berusaha memajukan diri, masyarakat, negara dan agama. Ini kerana dalam era globalisasi masa kini, terdapat banyak medan selain medan pertempuran. Ada medan belajar, medan kerjaya, medan keluarga dan banyak lagi. Dalam menghadapinya, kita tidak boleh masuk ke dalamnya sendirian. Amat perlu kita bergerak secara berkelompok/berkumpulan. Ini kerana 'serigala' tidak akan memakan 'kambing' yang duduk dalam kawanannya.

Allah juga menyuruh kita maju bersama-sama dalam menuju kejayaan. Namun sebagaimana yang kita lihat pada hari ini, para pemimpin negara Islam sendiri berperang sesama sendiri. Malah ada yang sanggup membantu orang kafir memerangi orang Islam sendiri. Yang lebih teruk lagi, ada yang sanggup meminta bantuan ketenteraan dari negara kafir. Inilah yang menjadi masalah ataupun penyakit dalam kita bersama-sama membina sebuah Daulah Islamiah yang kita idam-idamkan.

Untuk yang akhinya, bersama-samalah kita muhasabah kembali amalan kita sepanjang menjalani hidup yang penuh berliku atau lebih tepat lagi dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Semoga kita bersama-sama mendapat keredhaan-Nya, amin ya rabbal 'alamin.

Carilah hatimu dengan nasyid ini(epilog silam-disebelah)...

0 ulasan: